Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara
SLOGAN SMK SENTOSA
MATLAMAT dan MARTABAT
MATLAMAT SEKOLAH
- Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
- Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.
- Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
- Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia
Piagam Pelanggan Pendidikan Khas
Kami warga SMK Sentosa dengan penuh tekun dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :
- Menyediakan program pendidikan formal yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak murid, masyarakat dan negara.
- Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
- Memberi peluang dan layanan yang sama kepada pelajar tanpa mengira latar belakang, agama, bangsa dan keturunan.
- Menyediakan peralatan pengajaran yang berkesan, canggih dan terkini.
- Mengamalkan budaya kerja yang cekap, pantas dan bijaksana.
- Menyediakan guru dan kakitangan yang berdedikasi, beriltizam, terlatih, berdisiplin, produksi dan bertanggungjawab.
- Menyediakan persekitaran pembelajaran yang ceria dan kondusif dengan amalan perkhidmatan pendidikan.
- Peka dengan kehendak dan keperluan pelanggan.
- Meningkatkan kecemerlangan dan mengangkat martabat profesional perguruan.
Falsafah Pendidikan Khas
- Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah memenuhi hasrat tersebut, visi dan misi.