Monday 26 October 2015

Pendidikan Khas

Visi KPM

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera


Misi KPM

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara



SLOGAN SMK SENTOSA

MATLAMAT dan MARTABAT



MATLAMAT SEKOLAH

- Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.

- Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.

- Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.

- Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia



Piagam Pelanggan Pendidikan Khas

Kami warga SMK Sentosa dengan penuh tekun dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :

  • Menyediakan program pendidikan formal yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak murid, masyarakat dan negara.
  • Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
  • Memberi peluang dan layanan yang sama kepada pelajar tanpa mengira latar belakang, agama, bangsa dan keturunan.
  • Menyediakan peralatan pengajaran yang berkesan, canggih dan terkini.
  • Mengamalkan budaya kerja yang cekap, pantas dan bijaksana.
  • Menyediakan guru dan kakitangan yang berdedikasi, beriltizam, terlatih, berdisiplin, produksi dan bertanggungjawab.
  • Menyediakan persekitaran pembelajaran yang ceria dan kondusif dengan amalan perkhidmatan pendidikan.
  • Peka dengan kehendak dan keperluan pelanggan.
  • Meningkatkan kecemerlangan dan mengangkat martabat profesional perguruan.


Falsafah Pendidikan Khas

  • Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah memenuhi hasrat tersebut, visi dan misi.


Visi Pendidikan Khas

Pendidikan Berkualiti Menjana Kecemerlangan Murid Berkeperluan Khas Selaras Dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan



Misi Pendidikan Khas


Membangunkan Modal Insan berkeperluan khas yang cemerlang berasaskan :

  • Sistem pendidikan yang berkualiti, relevan dan holistik;
  • Perkembangan potensi diri ke tahap maksimum;
  • Keupayaan berdaya saing dan kebolehpasaran;
  • Nilai-nilai murni sebagai warganegara yang bertanggungjawab; dan perkongsian pintar dengan pelbagai pihak.


Moto Pendidikan Khas SMK Sentosa


" Pendidikan Untuk Berdikari"


0 comments:

Post a Comment